HP1:Rancangan Pengajaran & Pembelajaran
Bahasa Melayu
Tema : Perubatan
Bidang : 2
HP 1 : Membaca dan merujuk kamus untuk mendapatkan makna kata.
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat;
1. Membaca petikan dengan nada, intonasi dan sebutan baku yang baik
2. Menyenarai jenis-jenis kata adjektif
3. Membina dan memahami peta konsep
4. Membuat ramalan
5. Melakonkan drama secara spontan
Penyerapan : 1. Nilai: Kerjasama, kesyukuran, Rasional, Keyakinan
2. Ilmu: Perubatan
3. Tatabahasa : Kata adjektif
: Kata-kata Hikmat
Strategi Penggunaan Pakej
Set Induksi- bersesuaian dengan masa P&P dijalankan
~ pelajar teka apa yang terdapat dalam beg plastik "ubat-ubatan"
~ soalan penyoalan untuk mencungkil pengetahuan sedia ada
Langkah 1
~guru memperdengarkan pita rakaman
~pelajar dikehendaki mendengar pita rakaman dengan teliti
~soalan penyoalan untuk mengenal pasti kemahiran "attending" dan "focussing" pelajar terhadap bahan rangsangan
Langkah 2
~guru mengedarkan petikan teks ( Lampiran A1)
~guru mengedarkan borang penilaian bacaan ( Lampiran B1)
~beberapa orang pelajar dipilih secara rawak untuk membaca petikan dengan nada, intonasi dan sebutan baku yang baik manakala pelajar yang lain membuat penilaian rakan sebaya.
Langkah 3
~guru mengarahkan pelajar supaya melakonkan situasi tersebut secara spontan
Langkah 4
~guru mengedarkan borang lembaran catatan ( Lampiran C1 )
~dalam kumpulan, pelajar di arah mencari maklumat yang berkaitan dengan penyakit jantung
di stesen tertentu
Stesen 1 ( Perisian courseware )
Stesen 2 ( Perisian courseware )
Stesen 3 ( Perisian courseware )
Stesen 4 ( Perisian courseware )
Stesen 5 ( Artikel ) [Lampiran D1]
~pelajar melaporkan maklumat
Langkah 5
~guru mengedarkan borang lembaran peta konsep ( Lampiran E1 )
~pelajar membuat peta konsep berdasarkan maklumat tersebut
Langkah 6
~guru mengedarkan petikan beberapa bahan yang tidak lengkap dan pelajar dikehendaki melengkapkan bahan tersebut.
Cerpen ( Lampiran F1 )
Sajak ( Lampiran G1 )
Pantun ( Lampiran H1 )
~pelajar melaporkan dan membaca bahan tersebut dengan nada, intonasi dan sebutan baku yang baik.
Langkah 7
~guru mengedarkan kad masalah ( Lampiran J1 )
~guru mengedarkan borang GO membuat ramalan ( Lampiran K1 )
~dalam kumpulan pelajar berbincang dengan membuat ramalan
~pelajar melaporkan hasil perbincangan
Langkah 8
~berdasar hasil pembelajaran dan pengetahuan sedia ada, pelajar dikehendaki menyenarai dan mencatat kata adjektif di papan tulis.
~guru mengedarkan borang kata adjektif ( Lampiran L1 )
~pelajar dikehendaki mengisi jenis kata adjektif, contoh kata adjektif dan membina satu ayat dari setiap jenis kata adjektif pilihan.
~guru menerangkan konsep dan kategori kata adjektif ( Lampiran transperansi M1)
Langkah 9
~setiap pelajar dikehendaki menyenarai dan mencatat perkataan yang sukar
~pelajar mencari makna perkataan tersebut dengan merujuk kamus
~pelajar dikehendaki membina satu ayat dari perkataan tersebut
~aktiviti tersebut mestilah dimasukkan ke dalam Portfolio masing-masing
Cadangan 2
Set Induksi- bersesuaian dengan masa P&P dijalankan
~ Guru Menontonkan gambar Doktor dan pembedahan
~ soalan penyoalan untuk mencungkil pengetahuan sedia ada
Langkah 1
~guru memperdengarkan rakaman
~pelajar dikehendaki mendengar dan membuat catatan tentang perkataan yang sukar
~pelajar menulis di papan tulis perkataan tersebut
Langkah 2
~guru mengarahkan pelajar masuk ke dalam kumpulan
~pelajar melakukan proses sumbang saran untuk mendapatkan makna kata
~wakil kumpulan melaporkan hasil perbincangan
~guru bersoal jawab tentang maksud perkataan tersebut
Langkah 3
~guru mengedarkan petikan sajak [lampiran A1.1]
~pelajar dikehendaki membaca petikan tersebut secara senyap
Langkah 4
~beberapa orang pelajar dipilh secara rawak untuk mendeklamasikan sajak
~pelajar lain dikehendaki mendengar dan memberi komen tentang bacaan tersebut
Langkah 5
~guru mengarahkan setiap pelajar mencatat perkataan sukar bagi mereka
~pelajar merujuk kepada kamus untuk mencari maksud perkataan pilihan
~semua hasil dimasukkan ke dalam portfolio
Langkah 6
~aktiviti kuiz [ rujuk lampiran B1.1]
Stafazani98