Modul Bestari
FIZIK TKN 4
TAJUK : Kajian Saintifik
1. Antara aktiviti yang terlibat di dalam kajian saintifik adalah
Pemerhatian
Pengumpulan data
Inferens
Hipotesis
Teori
2. Kajian Saintifik selalu dimulakan melalui proses pemerhatian . Ini timbul dari sifat ingin tahu terutamanya mengenai fenomena fenomena alam .Perubahan yang terjadi pada fenomena ini akan menjadi satu data dan daripada data-data yang didapati bolehlah dibuat pula inferens . Daripada inferens-inferens yang didapati bolehlah dibuat agakan tentang penjelasan yang mungkin mengenai pemerhatian yang dilihat . Penjelasan awal ini dipanggil hipotesis . Penjelasan ini disesuaikan sehingga ia mampu bukan sahaja menerangkan kejadian yang berlaku malah boleh meramalkan pemerhatian yang bakal berlaku dan membuktikan kebenarannya ,ia barulah dipanggil tiori.
Antara teori-teori fizik yang terkenal dan teguh tanpa dicabar adalah Tiori Molikul Kinetik .
Soalan : Apakah 2 anggapan teori molikul kinetik ?
Tidak semua teori terus diterima apabila mula-mula dikemukan. Sebagai contoh idea tentang Matahari sebagai pusat edaran sistem cekerawala mendapat tentangan dari pihak gereja . Malah Galileo sendiri menerima hukuman buang daerah semata mata kerana dianggap sebagai sesat kerana berpendapat bahawa Bumi adalah salah satu planet yang mengelilingi Matahari.
Tiori Hanyutan Benua memerlukan hampir 80 tahun untuk benar-benar meyakinkan para ilmuan untuk menerimanya walaupun data-data daripada fosil dan paleomagnet membuktikan benua sememangnya asalnya tunggal.Ini adalah kerana tiadanya mekanisma yang boleh menerangkan bahawa kerak Bumi bergerak . Tetapi apabila para pengkaji dasar lautan membuktikan bahawa sememangnya Kerak Bumi sentiasa diperbaharui di dasar lautan , barulah ini diterima .
Ada juga penjelasan yang dianggap benar oleh ramai ahli sains tetapi akhirnya didapati tidak wujud . Hampir berkurun ahli sains menganggap wujudnya satu bahan yang dipanggil ether , tetapi ujikaji menggunakan Laser membuktikan bahawa jika semua jirim dikeluarkan dari alam ini , yang akan ada adalah Vakum .
Aktiviti
Anda diberikan 1 CD Rom Ensaiklopedia Grolier .
Gunakan CD tersebut untuk melayari bahan-bahan mengenai Kajian Sains yang terkenal.
continental drift
fossils
paleomagnetism
copernicus
ether
Galileo
Michealson and Morley
Science
Pentaksiran :
1 Disangka wujud (5)
5 Benua tunggal (6)
6 Ruang tanpa jirim (5)
7 Jirim yang diskrit (4)
8 Catatan pemerhatian (4)
9 Kaedah yang digunakan oleh Michealson dan Morley untuk ujikajinya (5)
10 Berasal daripada hidupan (5)
KE BAWAH
2 Tiori _________ Benua(8)
3 Bergerak paling laju
Cuba tuliskan kitaran Kajian Saintifik yang harus dilalui oleh teori-teori sains.
( Gunakan senarai aktiviti yang disenaraikan di atas )